Pakaian Apa Yang Sesuai Untuk Keluar Jalan-Jalan dan Berjanji Temu/Dating?



Peh tajuk macam gempak je an hahhaha. Mesti orang expect aku nak kongsi pasal trend-trend sensasi terhangit masa kini ke apa kan? Okay nantikan zassss...


Sebenarnya aku nak cerita,

Hari Ahad baru-baru ni aku keluar dengan Encik Tunang. Okay aku namakan Encik Tunang aku sebagai Encik Misai eh dalam blog ni (sebab aku suka pulak tengok misai dia! cute tiberrr). Dia cat lover so mungkin Encik Misai Kucing pun sesuai? Encik MK? hahahha takpe ah Encik Misai jela kan.

Aku dengan Encik Misai baru je jumpa beberapa hari sebelum tu sebab nak pass borang permohonan nikah. Jumpa kat tepian jalan je lepas balik kerja. Sebelum tu memang lama gila dah tak jumpa! Lebih kurang hampir 4 bulan huhu. Kenapa? Sebab mco/pkp so tak boleh rentas daerah masa tu jadi berhuhu lah dua-dua sambil berjauhan. 

Eh panjang pulak cerita hahahha. Okay. So kitorang decide nak gi beli barang hantaran kat Times Square. Kepada pasangan-pasangan yang nak cari baju/seluar/jacket/kemeja/ tudung memang sangat disarankan beli kat sini. Sebab harga sangat affordable dan banyak pilihan untuk menjadi rambang mata. Tapi korang kena sediakan cash tau sebab sesetengah kedai situ tak ada QR pay, debit, dll. Dan lagi satu, kalau barang yang korang cari tak ada kat situ korang boleh pergi Pavilion atau area Pavilion (turun kat stesyen Bukit Bintang). Public transport pun banyak dan dekat je. Boleh jalan kaki je tau.

Aku ni pun tak reti sangat pasal public transport, so aku ikut je belakang dan tepi Encik Misai mana dia nak bawak aku hahahaha. (Disarankan untuk download apps Moovit untuk bantu korang agar tak blur dan menganga di depan orang awam hehe)

Okay, tu baru mukadimah je tu. Ni baru aku nak cerita ni hahahaha jangan marah.

Cerita dia macam ni. Masa nak gi solat tu, kitorang pun berpisah sekejap sebab kat Times Square surau lelaki Tingkat 8, manakala surau wanita di Tingkat 7. Encik Misai pun tanya "Awak bawa telekung tak?'

Aku pun macam "Alamak! Tertinggal kat dalam kereta". Aku parking kat area luar Times Square (RM7 je untuk one time masuk- jimat lah jugak an daripada parking kat dalam). Time ni tak ada telekung disediakan sekali. Sejadah pun tak ada (musim Covid huhu).

Jadi, aku pun solat tanpa telekung dan sejadah. 

Masa tu aku pakai kain labuh, dalam ada skinny jeans. Aku dah berazam untuk tak pakai skinny jeans dah jadi setiap kali pakai kain, aku pakai je dia kat dalam. Okay baju pulak, baju aku boleh dikatakan singkat. Masa sujud tu aku rasa serba salah sangat-sangat kut kut ternampak buntut ke. 

Okay, next: stokin. Alhamdulillah nasib baik aku pakai stokin :( kalau takkk, takkan nak rembat stokin orang kan. Handsock: lagilah tak pakai kan. 

Masa solat tu hati aku terjentik "Sebenarnya sebaik-baik pakaian, adalah pakaian yang boleh dibawa solat, kan Nabila?" -menutup aurat, tak ketat, labuh tutup dada, pergelangan tangan ditutup, kaki berstokin

Selepas kejadian tu, sinar keinsafan mula berbunga-bunga dalam hati aku hmmmm. In sya Allah slow slow elakkan pakai baju ketat/singkat, baju yang menampakkan pergelangan tangan, kaki berstokin.


Pakaian Apa Yang Sesuai Untuk Keluar Jalan-Jalan dan Berjanji Temu/Dating?

Jawapan:

Sebaik-baik pakaian untuk keluar rumah, adalah pakaian yang boleh dibawa solat. -bersih, menutup aurat, tidak menampakkan bentuk badan.

Tak kisah lah nak buat stail gane gane pun, make sure tanya diri sendiri "Boleh ke solat pakai baju ni nanti?"


Yang ingin membeli baju labuh dan longgar,

Nabila Aum

#hikmahCovid19 #pakaianmantul #pakaiankeluarjalanjalan #tipsberpakaian #BerjayaTimesSquare


Encik Misai punya lah hensem tapi aku cuma tangkap gambar ayam je sepanjang kitorang keluar?!!

Comments