Changes

Perubahan adalah hari menjalani ruang dan peluang, hilang dan ketemu, mencari pulang dan sentiasa ingin cemerlang. ❤️

Aku sentiasa terperangkap dalam tahun 2017. Mungkin bukan terperangkap tapi aku yang tak mahu terima apa yang telah pergi. Dan sebelum 2020 tiba, aku janji untuk lebih sayangi diri sendiri. Sampai bila-bila. Being happy is a lifetime commitment , am i right?


Perubahan yang aku dapat lihat sepanjang 2020 ni:

1. Abang aku dah kahwin dan bakal jadi bapak bulan 10 ni. Bapak ah!! Aku bakal jadi makcik wehhh

2. Abah dan Ummi makin banyak uban huhu jomla kita beli inai nanti ! Kemal dah form 5, jihah pulak dah masuk form 1 wehh!! Tua dah aku nii huhuhu. Amer pula dah grad daripada KV Klang with Diploma in Electric

3. My bestfriend Chira yang cantik dah kahwin!! Nikah online beb sebab masa ni satu dunia dilanda wabak Covid-19. So satu dunia dikenakan PKP(Perintah Kawalan Pergerakan). Memang excited gila aku dengan Ummi tengok majlis akak nikah Chira online kat YouTube.

4. Selain tu ramai kawan rapat dah kahwin jugak (Ilyana Lailani dan Maryam. Dua dua ni member rapat time asasi ❤️ Dua-dua ni sangat baik dan cantik!!). Dan yang dah bertunang pun ramai juga alhamdulillah tahniah semua!!!! I’m so happy for all of you ❤️😘

5. Aku pula? Hehehe alhamdulillah dah grad in October 2018 dulu.. Yeah Final year of degree sangat mencabar. Tapi tak apa, semua tu untuk jadikan aku lagi kuat dan tabah kan? In my final year of degree, on my graduation day, you’re not here anymore. 

Apa lagi yang berubah? Aku rasa aku dah makin berkedut kut Hahahahha. Yeaaaa i’m getting older. Yang berubah adalah umur dan juga hal-hal yang kita sahaja yang tahu.



Comments