Dua Puluh Satu


Dua puluh satu
Dan aku masih bisa dengar degupan jantung ku


alhamdulillah masih dipinjamkan udara untuk terus bernafas hingga kini :)

Terima kasih buat semua yang mendoakan kebaikan untuk diri ini. Ummi & abah, saudara mara, sahabat sahabat dan semuanya. Terima kasih :)
Doa-doa yang baik daripada kalian, moga ia berbalik kembali kepada kalian semua

Dua puluh satu ini, aku sedar,
jangan putus berdoa yang baik-baik untuk orang lain
Dan jangan jadi penghukum sebab kau bukan Tuhan

Kau cuma manusia biasa
Yang satu hari nanti akan diuji dengan kata-kata kau sendiri

Doakan yang baik-baik okay :)
Dan sentiasa usaha untuk menjadi seorang yang baik in sya Allah


Berkongsi birthday dengan budak kecik comel ni- Nurul Nadia Binti Suleiman Lee.
Ex-roommate merangkap antara sahabat yang sangat aku sayang <3

Impian

Dua puluh satu.
Aku fikir Tuhan tidak kabulkan doa-doa aku
Aku lupa bahawa sebaik mana pun perancangan aku
Perancangan Tuhan itu jauh lebih baik

Bersyukur Allah beri peluang untuk belajar banyak benda berharga yang tak pernah aku sedar selama ni. Mungkin aku fikir Allah tak kabulkan cita-cita aku untuk jadi seorang cikgu
Tapi sebenarnya Allah tu baik sangat2,
Allah beri juga aku peluang untuk jadi cikgu dan hadirkan kebahagiaan dalam hidup aku.

Dapat join Kelas Kaseh (ajar anak-anak orang asli),
dapat join Sukarelawan Beez ke SK Tabuan, jadi facilitator program dengan budak2 sekolah rendah, join program-program Heart4Homeless(dapat rasa apa yang orang-orang homeless lalui) , dan in sya Allah banyak lagi jika diizinkan Tuhan.

Abah pernah cakap
"Masa muda ni, gunakan baik-baik untuk bantu orang dan berbakti kepada masyarakat"

Terima kasih ummi & abah sebab sentiasa jadi tulang belakang kakak daripada dulu sampai sekarang
Adik-beradik pun sama, sentiasa support dalam diam tanpa kakak sedar :')




One of my sources of strength kat UNIMAS ni :)

Dua puluh satu
Belajar bahawa sebaik-baik persahabatan ialah yang persahabatan yang mengharapkan redha Tuhan
Kat akhirat nanti,
kawan-kawan boleh dakwa kita

"Dulu kat dunia aku buat dosa kenapa tak tegur! Kan aku dah terseksa kat neraka !"

"Kata bersahabat Lillahi Taala, tapi aku buat salah kau pejam mata je. Hipokrit!"

Allahu. Dua jiwa yang bersahabat baik di dunia boleh jadi musuh kat akhirat nanti :(
Kan dah janji nak bersahabat till jannah

Dan antara tanggungjawab seorang sahabat ialah
mendoakan yang baik-baik buat sahabatnya di dunia & akhirat





Sudah dua puluh satu !

Teringat,
Dulu pernah melalui zaman budak lima belasan yang sangat suka rebel
Rambut merah, hipstur (lah sangat hahaha), baju ketat, stokin pendek, kain banjir
si hingusan yang dulu pernah dikhianati sampai makan panadol sepapan, menangis berbulan-bulan (sia-sia je kalau mati time tu huhu)

Heartbreak tu tersangat mengajar untuk jangan kecewa lagi
Dulu itu orang selalu cakap "Saya tak boleh hidup tanpa awak."
Mungkin sekarang arwah dah kut sebab aku dah takde hahaha gurau2.

Kelakar kan bila dah janji macam-macam, bagi harapan lepastu sekelip mata hati berubah.
Bertahun-tahun dah berlalu
Tapi masih terkesan hingga kini

Ya, itu semua jadikan pengajaran 
Untuk lebih kenal Tuhan
Untuk lebih cinta Tuhan

Kita merancang
Tapi perancangan Tuhan adalah sebaik-baik perancangan
Barangkali apa yang kita suka tu, tidak baik untuk kita

Apa yang kita hilang, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik in sya Allah :')

Sentiasa bersangka baik dengan Tuhan, okay ? :)







Comments