Dua Dunia
Aku masih bermimpi
Kita dalam dunia yang sama
Berbumbung di bawah langit yang sama
Berpijak di atas tanah yang sama
Pelan-pelan
Mimpi itu mahu pergi
Kerana kehidupan itu perlu bersandarkan realiti
Pelan-pelan
Berbekalkan sedikit ketabahan, ku sedari
Kamu bukan lagi realiti
Kamu kini mimpi
Yang mahu pergi
Pelan-pelan
Bersama titis-titis hangat hujan
Pemberian itu aku buka
Mencari jawapan dan juga ketenangan
Pelan-pelan
Tuhan beri jawapan kepada setiap persoalan
Bahawa sesungguhnya
Negeri akhirat itu kekal selamanya
Dunia,
Tempat persinggahan sebelum pulang
Mencari bekalan untuk belayar ke kampung halaman
Untuk bertemu kamu lagi
Moga Tuhan sampaikan
Kata-kata yang tak terucap
Maaf yang tak terungkap
Berehat dengan tenang di sana
Kerana sebaik-baik tempat berehat
Adalah di sisi Tuhan
Walau dalam dua dunia berbeza
Bagi aku, kamu tetap hidup
Dalam setiap doa dan kebaikan
5 September 2017
Kita dalam dunia yang sama
Berbumbung di bawah langit yang sama
Berpijak di atas tanah yang sama
Pelan-pelan
Mimpi itu mahu pergi
Kerana kehidupan itu perlu bersandarkan realiti
Pelan-pelan
Berbekalkan sedikit ketabahan, ku sedari
Kamu bukan lagi realiti
Kamu kini mimpi
Yang mahu pergi
Pelan-pelan
Bersama titis-titis hangat hujan
Pemberian itu aku buka
Mencari jawapan dan juga ketenangan
Pelan-pelan
Tuhan beri jawapan kepada setiap persoalan
Bahawa sesungguhnya
Negeri akhirat itu kekal selamanya
Dunia,
Tempat persinggahan sebelum pulang
Mencari bekalan untuk belayar ke kampung halaman
Untuk bertemu kamu lagi
Moga Tuhan sampaikan
Kata-kata yang tak terucap
Maaf yang tak terungkap
Berehat dengan tenang di sana
Kerana sebaik-baik tempat berehat
Adalah di sisi Tuhan
Walau dalam dua dunia berbeza
Bagi aku, kamu tetap hidup
Dalam setiap doa dan kebaikan
5 September 2017


Comments