Hey, How’s Life (?) Part 2

Hey hey wassup! Assalamualaikum dan hai masyarakat

Fuhh lama betul ye dah tak update blog ni. Aku sebenarnya baru je lepas terrrbaca post post lama aku. Sendu jugak an aku ni rupanya dulu hahahahahhaha kesenduan tanpa batasan betul

Tup tup sekarang dah masuk tahun 2020 dah. Bukan tu saja ye, bulan 8 pun dah menunjukkan lubang hidungnya. Kesimpulannya, lagi 4 bulan sahaja lagi 2020 bakal say bye bye!!!

Jadi azam-azam yang telah ditulis di atas kertas yang dilekatkan di dinding tuuu.... (Haa ah sudah kertas apa ni dey rajuu!!) 

Semoga kita semua dipermudahkan untuk melaksanakan azam-azam tersebut ya masyarakat in sya Allah mudah-mudahan. Don’t be sad, masih belum terlambat lagi, ok? Make it happen! Yolo

Ingat lagi tak apa yang kita sudah usahakan, dan usaha tu kita dah nampak sekarang ? Contohnya macam dah tamatkan pengajian, dapat bagi duit belanja kat family dan sebagainya.

Berjaya untuk teruskan kehidupan dan jadi hamba-Nya yang bersyukur pun satu pencapaian yang sangat mengagumkan tauu. Alhamdulillah dan tahniah. 

Cakap ni depan cermin hari-hari:

You have been extremely strong all this while. You’re doing good & i’m so proud of you ❤️✨

Terima kasih kerana terus bersabar bila semuanya kelihatan kabur dan tak mudah, Nurul Nabila Binti Ade Roslin



Comments